Sejarah SK Parit Sapran

 
 
 
 



      Terletak ke arah utara Bandar Pontian  Kechil

      12 km dari pusat bandar
      11 km dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian
      3.5 km dari jalan besar Pontian Batu Pahat
      Jalan raya yang menghubungkan sekolah ini dengan  kawasan bandar adalah baik
      Perjalanan dari biasa dari Bandar Pontian Kechil ke SK Parit Sapran adalah 20 minit
      Pekan terdekat adalah Pekan Kayu Ara Pasong
      Sekolah ini terletak 3km di utara pekan berkenaan








Kronologi Pembangunan 1





•       Tahun 1955 usaha membangun sekolah ini dirancang dan diusahakan


•      Tokoh-tokoh perintis :
•       Encik Zainal bin Hassan
•      Tuan Haji Basri bin Haji Hassan
•      Tuan Haji Tahir bin Abd Jalil @ Jawirono
•       Encik Man bin Buang
•       Hubungan jalan yang sukar, becak, dan sempit menjadi faktor utama kepada perlunya sekolah ini dibina
 
 
Kronologi Pembangunan 2
 
          Lokasi pilihan : Jalan Parit Sapran
        Setelah diusahakan dan gagal untuk memperoleh tapak yang sesuai, maka Tuan Haji Basri bin Hassan menyumbangkan tanahnya  seluas 02 ekar yang terletak di persimpangan Jalan Parit Hj Omar, Parit Sapran dan berhampiran dengan Jalan Parit Hj Abd Rahman
        Para pengasas bermesyuarat dengan Ketua Kampung; Encik Masiman bin Abdullah, Setiausaha Kampung Encik Abdul Karim bin Hj Tahir serta warga JKK , permohonan diajukan kepada pihak berkuasa.




Kronologi Pembangunan 3
 
 
 
          Permohonan diluluskan, kerja pembinaan dimulakan dan dilaksanakan secara  gotong royong, mulai tahun 1955
          Tahun 1957, Sekolah Umum Rakyat berjaya dibangunkan
          Majlis kesyukuran diadakan, Tuan Kadi Daerah Pontian; Tuan Haji  Ahmad Shah menyarankan supaya di namakan  Sekolah Kebangsaan Parit Sapran, sempena nama personaliti yang membuka kampung ini.


Kronologi Pembangunan 4
 
         Pada 05 Januari 1958, /sekolah Kebangsaan Parit Sapran dengna rasminya mula beroperasi
         Nama Parit Sapran adalah berasa dari nama Encik Sapran, personaliti yang telah membuka dan membangunkan perkampungan di sini
        Beliau dilahirkan di Tanah Jawa pada tahun 1850an dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1890an
         Merupakan seorang tokoh penuh  karisma, berdisiplin, tegas, warak,dan disegani
          Ketua Kampung pertama bagi Kawasan Parit Sapran
 
 
Kronologi Perkembangan Sekolah
 

 



 
 
 
 
 


          05/01/1958 Sekolah Kebangsaan parit Sapran memulakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
          51 orang Pelajar perintis dengan 03 orang guru
          Encik Maskor bin Mokhsin selaku Guru Besar pertama
          Tahun 1968 diperuntukkan       bangunan baru
          02 blok bangunan kayu, 06 bilik darjah dan pejabat
          Mula dioperasikan pada tahun 1969
          Bangunan lama/asal telah dirobohkan kerana terlalu uzur
          Tahun 1994 menerima 01 blok bangunan untuk Kemahiran Hidup dan Sains Rendah
          Keperluan kepada bilik-bilik khas terus mendesak maka bilik-bilik terpaksa diubahsuai untuk Perpustakaan, Bilik Operasi SPBT,Stor Sukan, dan Bilik Tayang
          Pertambahan pelajar yang konsisten menjadikan keperluan kepada bangunan baru kian mendesak
          Pada 01/01/2002 bangunan baru,  moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan dibina, siap pada 02/09/2002 dan mula dioperasikan

 
 
 
 
 

 

Prasarana Baru


Blok Bestari